Friday, June 22, 2012

Manusia Di Beri Pilihan Samaada Untuk Menerima Yang Benar Atau Yang Batil

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Manusia diberi pilihan oleh Allah SWT di dunia ini samaada dia memilih jalan yang lurus (jalan yang benar) atau dia memilih jalan yang bengkuk.(jalan yang batil)

Allah SWT telah mengutus para rasul dimuka bumi ini kepada setiap umat dengan membawa ajaran suci dan mengajak manusia beriman dan mentauhidkan Allah SWT dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu. Setelah ajaran para rasul ini sampai kepada manusia maka manusia sendiri akan bertanggungjawab di atas keingkarannya menerima kebenaran.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)." (Surah Al-Israa' (17) ayat 15)

Kalaulah Allah perlakukan sebagaimana yang Dia kehendaki iaitu menyesatkan, mengapa pula Allah SWT utuskan para rasul dan kitab? Apakah Allah SWT tidak pernah utuskan para rasul? Sehingga manusia tidak tahu apa yang harus dilakukan atau harus ditinggalkan?. Allah SWT ada menyatakan bahawa Dia tidak akan mengazab sesiapa selagi belum diutuskan para rasul.

Dalam al-Quran ada diberitahu bahawa tidak ada satu kaum pun yang tidak diutuskan rasul.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (Agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.
(Surah Faatir (35) ayat 24)

Sahabat yang dimuliakan,
Pada zaman Saidina Umar Ibnul Khattab menjadi khalifah seorang pencuri telah tertangkap ketika mencuri, lalu dihadapkan ke hadapan Umar untuk diadili.

Saidina Umar al-Khattab r.a. bertanya : "Kenapa kamu mencuri?"

Lalul dijawab oleh pencuri; "Ya Amirul Mukminin! Aku mencuri kerana Allah telah takdirkan aku mencuri, lalu aku mencuri".

Umar pun memerintahkan sahabat supaya memotong tangan orang ini dan menyebatnya. Pencuri tidak puas hati dan bertanya : "Mana ada hukuman seperti ini di dalam al-Quran? Dalam al-Quran hanya ada perintah potong tangan"

Saidina Umar r.a menjawab: "Potong tangan kerana kamu mencuri dan sebat kerana kamu berdusta terhadap Allah, kamu jadikan qadar dan qada sebagai alasan (menyalahkan takdir Allah)".

Perkara yang sering kita dengar: Bila orang berjaya dalam satu-satu perkara seperti dalam perniagaan bila ditanya sebab-sebab berjaya dia kata dia telah berusaha bersungguh-sungguh dan membuat pengurusan yang baik, tetapi bila mendapat muflis dia akan kata nak buat macam mana sudah takdir.

Begitu juga orang yang sihat, bila ditanya apa formula dia sihat maka dia akan jawab, dia jaga kesihatan dengan menjaga makanan, bersenam dan macam-macam lagi. Bila sakit dia akan kata nak buat macam mana sudah takdir. Ucapan tersebut seolah-olah bila berlaku sesuatu yang tidak baik akan di nisbahkan kepada Allah SWT (Maha Suci Allah daripada berbuat begitu), jika terdapat kebaikan dinisabhkan pula kepada diri sendiri.

Baik dan tidak baik semuanya ketentuan Allah SAW. Manusia kena buat pilihan. Penjelasan Umar dalam kisah di atas adalah tentang membuat pilihan. Dua-dua qada Allah SWT, jika dinisbahkan perkara tidak baik kepada Allah SWT; itu adalah satu pendustaan terhadap Allah SWT. Lihat dalam ayat di bawah:

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?" (Surah al-A'raaf (7) ayat 28)

Allah SWT beri kita kemampuan untuk melakukan perkara-perkara yang diperintahkan.

لَۧ يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡŰłًۧ Ű„ِلَّۧ وُŰłۡŰčَهَۧ‌ۚ

Maksudnya : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. (Surah al-Baqarah ayat 286)

Dengan sebab itu, apabila Allah SWT memberi kita tanggungjawab atau tugas maka Dia Maha Mengetahui bahawa kita berkemampuan untuk melakukannya kemudian diberi pula kebebasan untuk memilih maka apabila berlaku perkara-perkara yang tidak elok kita perlu menyalahkan diri kita sendiri (kerana kelemahan dan kejahilan kita).

Sahabat yang dikasihi,
Pepatah melayu ada menyatakan :"Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih" Jika kita berhajat kepada kebaikan, mendapat rahmat dan reda daripada Allah SWT di dunia dan akhirat maka kitalah yang harus berusaha untuk mendapatkannya. Janji Allah SWT sekiranya para hamba-Nya ketika di dunia beramal ibadah, amal soleh, berakhlak mulia dan tidak mensyirikkan-Nya maka balasannya adalah syurga seluas langit dan bumi.

Oleh itu kalian perlulah "tepuk dada tanya iman dan mata hati kalian" jika kalian tunaikan semua hak yang wajib kalian tunaikan di dunia ini maka hasilnya kalian sendiri yang akan memperolehinya bukan orang lain, sebaliknya jika kalain leka, lalai dan abaikan amanah ini maka azab dan penderitaan yang berpanjangan akan diterima di akhirat nanti. Pilihan yang tepat ada ditangan kalian insya Allah.






Rahsia Penemuan Di Percayai Bahtera Nabi Noh a.s.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pertemuan sebuah bahtera purba di timur Turki telah menjadi satu misteri dan teka-teki. Jika dilihat daripada strukur pembinaannya satu keunikan dan luar biasa kerana pembiaan bahteranya tidak sama dengan pembinaan kapal-kapal purba yang lain.

Gambar-gambar ini didakwa gambar bahtera Nabi Noh a.s yang ditemui di timur Turki.. wallahu'alam.

Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji, terletak di timur Turki, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia melebihi 5000 tahun  Peninggalan sejarah yang amat berharga itu bukan sahaja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB. Pihak CIA telah menggunakan satelit dan pesawat ‘Stealth’ untuk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu.

Gambar-gambar itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dgn ‘rahsiarahsia′ penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’ atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa orang sahaja yang berjaya, sebahagian besarnya pula hanyalah menjadi korban. Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang ‘amat berharga’ itu.

Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai-bagai bencana (dengan izin Allah). Ada antara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri (berkemungkinan ajal mereka telah sampai ketika mereka memiliki gambar tersebut).

Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa2 besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera?. Mengapa mereka tak mahu mengesahkan bahawa peninggalan ‘Bahtera Noh’ benar-benar ada di puncak Mt .Ararat itu? 


Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah "The Great Noah Ark !" Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya. Samalah "The Great Noah Ark" tu pun tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Noh a.s. dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka sudah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, para pengkaji dan saintis Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam. 


Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer. Nabi Noh a.s. mula membina bahteranya pada tahun 2465 SM dan hujan mula turun pada tahun 2345 MS.. Rupa bentuk "The Great Noah Ark" itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang.

Mengikut para pendaki yang pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu, "Noah Ark" memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, berbentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. 


Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-zaman zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki, 75 kaki lebar, 45 kaki tinggi. Ada juga para pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak keretapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki "The Great Noah Ark" itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Noh. Sesiapa yang ikut belayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)

"The Great Noah Ark" ini berada di Mt.Ararat, di manakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah bahtera ini telah belayar ? Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina di sebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna bahtera ini telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung Mt. Ararat.

Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Dan merupakan gunung yang paling tinggi di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncaknya dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki. Bersetentangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit. Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia, Iran dan Turki”. Kedudukan Mt.Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu.

Jika kita tengok CNN hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turki dengan puak-puak Guerilla Kurdish yANg mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turki. 

Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan-ketulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh ke dalam jurang Ahora. Gambar : Sebahagian Bahtera Nabi Nuh a.s. dilitupi salji. Sebuah ‘anchor’ purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Waullahu 'alam.

Sebuah ‘batu nisan’ yg didakwa kepunyaan Nabi Noh a.s. telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik "The Great Noah Ark" tersebut. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt.Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil apabila akhirnya berjaya menemui "Noah Ark" tersebut.

Dalam keadaan tergamam serta kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz ‘Noah Ark’ dan didapati "Noah Ark" itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji].. Hasil siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus.

Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui sama ada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan…

(Sumber diambil daripada tulisan Werdah)

Thursday, June 21, 2012

Apakah Ciri-ciri Ilmu Yang Bermanfaat?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. 

Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya yang bermaksud :
"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. (Surah al-Faatir ayat 28)

Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat.
Ilmu yang bermanfaat yang dimiliki akan dapat melunakkan hati yang keras, menenangkan jiwa yang resah, mengekang nafsu yang rakus dan mengajak manusia menyelami hikmah-hikmah di sebalik kejadian Allah SWT. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah SWT bukanlah orang alim yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, mengejar pangkat, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.

Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya.

Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata, "Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati".

Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa dan tidak terpaya dengan tarikat dunia yang mengasyikkan.

Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah dan memiliki sifat tawaduk dan merendahkan diri.

Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata: "Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT".

Abu Muhammad r.a pernah ditanya: "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".

Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan: "Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".

Al Wasiti r.a berkata: "Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah SWT dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT".

Banyak ayat dan hadis yang menyebut tentang kemuliaan ilmu atau ulama. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Penuntut ilmu dijamin oleh Allah rezekinya".

Ketahuilah, bahawa ilmu yang diulang-ulang sebutannya di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW ialah ilmu yang bermanfaat yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah. Bahkan, ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang mampu menguasai nafsu dan mengekang syahwat.

Disebut juga, ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membantu pemiliknya mentaati Allah, dan berdiri di atas landasan agama Allah.

Sebahagian Salaf berkata: "Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya)".

Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a: "Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".
 
Sahabat yang dimuliakan,
Sesiapa yang memiliki ilmu yang bermanfaat nescaya ilmu itu akan menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan ulama, memuliakan kekasih-kekasih Allah SWT dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.

Ingatlah apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia.
Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
(Surah al-Rum ayat 7)

Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)

Fudhail ibn 'Iyadh berkata: "Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain".

Sesiapa yang ilmunya memandunya kepada menuntut dunia, ketinggian di dalamnya, jawatan dan pandangan makhluk, maka ia adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Bahkan, dia tertipu dengan ilmunya.

Tidak ada kerugian yang lebih besar daripada rosaknya orang alim dengan ilmunya yang diharapkan dapat menyelamatkannya. Kami memohon dengan Allah daripadanya.

Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan. Ulama mengumpamakan orang yang menghabiskan banyak waktu menuntut ilmu, duduk selama 40 atau 50 tahun belajar tanpa beramal, seperti orang yang asyik bersuci selama waktu itu dan memperbaharui wuduknya tetapi tidak solat walau satu rakaat.

Ini kerana maksud atau tujuan suatu ilmu ialah beramal dengannya sebagaimana tujuan berwuduk adalah untuk melakukan solat.

Berkata sebahagian ulama: "Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita mencari ilmu yang bermanfaat fardu ain terutama ilmu agama iaitu ilmu tauhid, fiqah dan tasauf. Kemudian ilmu-ilmu bermanfaat yang lain fardu kifayah iaitu ilmu yang boleh menambah kekuatan kepada umat Islam. Utamakan yang fardu ain dan amalkanlah kerana ilmu tersebut secara langsung mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan menjadikan kita takut kepada-Nya. 
 
Ilmu inilah yang membezakan kita dengan orang-orang kafir darisegi kefahaman dan perlaksanaan dalam kehidupan. Jika ilmu yang bermanfaat ini kita sebarkan dan ajarkan maka ilmu ini akan menjadi saham akhirat yang berterusan walaupun kita sedang hidup di alam barzakh.

Wednesday, June 20, 2012

Berdoalah Kepada Allah SWT Semoga Kita Termasuk Golongan Yang Sedikit

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran, nikmat yang dianugerahkan yang diberikan oleh Allah SWT. Syukur bukan hanya meliputi terhadap perkara-perkara nikmat, malah ianya juga meliputi syukur kerana terlepas daripada bala, malapetaka , penyakit dan bencana yang menimpa. Antara lain pengertian syukur ialah:

Pertama : Mengaku dan memuji Allah SWT atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah SWT.

Kedua : Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah SWT kepada makhlukNya adalah dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan ,kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur dan berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut merupakan satu kewajipan kepada Allah SWT.

Ketiga : Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih adalah adalah orang yang tidak mengenal budi. Oleh itu, hendaklah digunakan nikmat-nikmat kurniaan Allah SWT untuk menambahkan ibadah kepada-Nya dan sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Tuhan yang memberi nikmat.

Terdapat pelbagai nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT terhadap hamba-hambaNya. Keseluruhan nikmat yang dikurniakan perlu ada bukti yang memperlihatkan kesyukuran. Bukti mensyukuri nikmat harta adalah apabila seseorang hamba itu membelanjakan hartanya di jalan Allah SWT.

Bukti mensyukuri nikmat kekuasaan yang diperolehi oleh seorang pemimpin adalah menjadi pemimpin yang adil dan berusaha sekuat tenaga memberikan kesejahteraan kepada orang yang dipimpinnya. Tidak menzalimi orang yang berada dibawah. Jika ketua negara tidak menipu rakyat dan menjalankan pemerintahan dengan adil.

Bukti mensyukuri nikmat ilmu adalah mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.

Begitulah juga bukti mensyukuri nikmat-nikmat yang lain adalah dengan menggunakannay hanya untuk beribadah kepada Allah SWT. Seluruh kebaikan di dunia ini merupakan ibadah kepada Allah SWT. Dalam Al Quran ALLAH SWT banyak memberikan pelajaran dan pengajaran tentang orang-orang yang diazab kerana tidak mensyukuri nikmat-nikmatNya.

Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya kerana kufur terhadap nikmat kekuasaan.

Qarun ditenggelamkan ke dalam perut bumi bersama harta bendanya kerana kufur terhadap nikmat harta.

Hamman diseksa oleh Allah SWT kerana kufur nikmat kecerdikan yang Allah SWT berikan terhadapnya.

Berdasarkan peristiwa-peristiwa yang telah dirakamkan di dalam Al Quran, ianya membuktikan bahawa nikmat Allah SWT yang tidak disyukuri segalanya akan dimusnahkan mengikut kadar kekufurannya atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan.

Punca lahirnya rasa bersyukur ialah apabila seseorang hamba itu ikhlas dalam melaksanakan pekerjaannya, bersungguh-sungguh dan menyandarkan seluruh kehidupannya serta pergantungannya hanya kepada Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Tanda seorang itu bersyukur dia akan merasakan dirinya sebagai seorang hamba kepada Allah SWT , dan segala yang dimiliki adalah pinjaman daripadaNya. Sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada, sama ada zahir mahupun batin, serta reda dengan segala ketentuan-Nya.

Manusia perlu bersyukur kerana Allah SWT yang telah menjadikan manusia dengan sesempurna kejadian, dan pujian yang selayaknya hanya kepada Allah Azzawajalla di atas kurniaanNya yang tidak terhitung. Manusia yang bersyukur adalah antara hamba yang pertama dimasukkan ke dalam syurga, ini berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW :
“Orang yang pertama diseur ke Syurga pada hari kiamat ialah orang-orang yang memuji ALLAH dalam keadaan suka dan duka. “

Kesan daripada tidak bersyukur manusia akan lebih terdorong dan berani membiasakan diri dengan melakukan kejahatan, kezaliman terhadap diri sendiri dan sekelilingnya. Apabila manusia melakukan maksiat maka terputuslah dia daripada mendapat Rahmat Allah SWT. Adapun cara mensyukuri nikmat Allah SWT secara umum, ialah dengan menggunakan segala nikmat Allah SWT untuk hal-hal yang diredaiNya, yakni melakukan usaha-usaha agar memperolehi kebahagiaan hidup di dunia yang fana dan akhirat yang kekal kelak.

Jesteru,untuk menjadi hamba yang bersyukur kita perlu meminta dan memohon kepada ALLAH SWT . ALLAH SWT mengajarkan doa tersebut di dalam Al Quran ;”Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Al Ahqaf ayat 15)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjadi hamba Allah SWT yang sentiasa bersyukur dan reda dengan ketentuan takdir Allah SWT. Banyakkan berdoa semoga kita terpilih dimasukkan kedalam golongan yang "sedikit" iaitu orang-orang yang bersyukur kepada Allah SWT.

Pada zaman Saidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang bermaksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"

Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika beliau sedang melakukan tawaf di Kaabah. Saidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan penjelasan Allah SWT seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur." (Surah al-A'raf ayat 10)

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".

Jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri:

"Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu".

Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin.

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji.

Maksudnya : "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim ayat 7)

Ingat nikmat yang dikurniakan, Ingat Pemberi Nikmat yang Maha Pemurah mengurniakan segala nikmat kepada kita.

Tuesday, June 19, 2012

Hati Yang Sedang Sakit Lebih Cintakan Dunia Berbanding Hari Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hati manusia sentiasa disebukkan dengan kecintaan kepada dunia. Harta kekayaan yang dimegah-megahkan, keseronokan kepada isteri dan anak-anak,  perniagaan yang diusahakan takut kerugian, hiburan yang diminati dan aktiviti harian melayan hobi dan kesukaan. Tidak ramai manusia yang cinta kepada majlis ilmu, tazkirah, bahan tarbiah dan dakwah. 

Jika ditagkan nota tazkirah diwall facebook  cepat-cepat dipadamkan kerana merasa elagi dan tak selesa. Tidak berminat jika wall dipenuhi artikal yang mengajak kepada akhirat dan membaiki akhlak kepada akhlak mukmin. Lebih suka berbincang hal-hal dunia dan kesukaan masing-masing. Lebih suka khayal mengenangkan nostalgia lama yang mengasyikkan. Tidak salah mengenangkan kisah-kisah lama tetapi itu hanyalah "BAHAN SEJARAH" yang lebih penting bagaimana kita hendak mengajak rakan-rakan lama (yang telah berada diambang usia senja) menuju siratul mustakim supaya kita dapat bertemu disyurga nanti insya Allah. 

Dalam hadis menjelaskan sahabat-sahabat yang baik dan bertakwa ketika di dunia akan bertemu disyurga nanti. Ada pasar disyurga tetapi tidak ada jual beli yang ada hanya lah perjumpaan mengenangkan kisah-kisah lama ketika di dunia.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud: "Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga".

Manusia lebih tertarik membincangkan perlawanaan bola sepak pasukan mana yang menjadi pilihan, penyanyai mana yang memenangi pertandingan (mentor, akademik fantasi, kilauan emas dan sebagainya), pelaburan mana yang lebih menguntungkan (tidak kira halal/haram), filem mana yang mendapat box office, termasuk jenis-jenis kereta yang dipakai, rumah tempat tinggal dan perabut berjenama dan  jenis pakaian yang dipakai dan model telefon bimbit terkini yang digunakan dan sebagainya.

Manusia benar-benar terpedaya dengan dunia yang melalaikan dan melekakan hinggakan manusia sanggup menghabiskan ribuan ringgit dan masa yang banyak untuk melayan hobi dan kesukaan hawa nafsu yang dituruti. Mereka yang berminat terhadap kereta sanggup menghiasi kereta dengan "accessory" yang mahal dan membazir. Mereka yang berminta perhiasan rumah sanggup menghabiskan puluhan ribu untuk mengiasi rumah dengan perabut mahal dan kemasan yang berjenama dan diimport dari luar negara. Mereka yang minat memancing sanggup ambil cuti dan menyewa bot laju untuk memenuhi kepuasan memancing dikawasan laut dalam. Sedangkan amat berat untuk membayar zakat dan bersedekah kepada fakir miskin atau kejalan Allah SWT.

Apabila diajak kepada kemasjid atau surau untuk mengikuti kuliah agama atau tazkirah berbagai-bagai alasan diberikan. Tidak ada masa, sebuk dengan keluarga, sebuk dengan pelanggan dan letih bekerja sehari  suntuk dipejabat dan sebaginya.

Apakah manusia merasakan bahawa dia boleh hidup 100 tahun lagi atau seolah-olah panggilan kealam barzakh masih jauh?. Walaupun umur sudah menjangkau  50 an, 60 an dan 70 an tetapi minat kepada dunia melebihi kesukaan kepada hari akhirat.

Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah SAW. pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah : "Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah)."

 Tahukah kalian bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Oleh itu marilah sama-sama kita bermuhasabah dan membuat persiapan secukupnya untuk hari esok (akhirat). Untuk keperluan makan, minum, rumah, kenderaan dan keperluan hidup yang  lain cari dan gunakanlah seadanya (qanah) kerana hidup di dunia hanya sementara waktu sahaja. Jika berharta perbanyakan sedekah jariah kerana inilah saham yang sebenarnya untuk kita semasa disana nanti. Janganlah memandang sepi terhadap ilmu yang bermanfaat walaupun satu perkataan. Sebarkanlah dan kongsi bersama sahabat-sahabat lain kerana ianya juga saham akhirat.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalan, melainkan 3 perkara yg dibawa pergi iaitu pahala amalan (yg dilakukan semasa hayatnya masih ada), sedekah yang berkekalan, ilmu yang dimanfaat, anak-anak soleh yang berdoa kepadanya." (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.)

Monday, June 18, 2012

Tutuplah Aib Diri Sendiri Dan Orang Lain

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap perbuatan maksiat dan dosa besar yang dilakukan oleh manusia boleh mendatangkan  kemurkaan Allah SWT. Kadangkala didatangkan musibah oleh Allah SWT keatas manusia berupa kemarau panjang, banjir besar, jerebu, tsunami, gempa bumi dan tanah runtuh. Semua ini sebagai peringatan agar manusia memikirkan balik apakan kesalahan dan dosa yang telah mereka lakukan.

Bagi orang-orang yang beriman setiap kejadian alam berupa musibah akan dijadikan sebagai pengajaran supaya mereka boleh bermuhasabah diatas kelemaham diri sendiri (banyak melakukan dosa) tetapi bagi orang kafir atau mereka yang lemah imannya semua peristiwa hanya dikaitkan dengan bencana alam tanpa dihubungkan dengan kemurkaan Allah SWT.

Allah SWT bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada para hamba-Nya dan masih menerima dan membuka pintu taubat bagi hamba-hambaNya yang ingin kembali bertaubat walaupun puluhan tahun melakukan maksiat dan dosa-dosa besar. Dalam masa yang lama Allah SWT masih menutup aib hamba-Nya dan diberi peluang untuk bertaubat.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat satu kisah seorang lelaki Bani Israil telah bermaksiat kepada Allah selama 40 tahun. Dia tidak pernah dia meninggalkan maksiatnya itu dan tidak pernah pula sekalipun dia bertaubat.

Diizinkan Allah, datang suatu tahun yang kemarau sangat panjang. Hujan tidak lagi turun, ternakan kurus kering, tanaman semuanya mati, sungai pun menampakkan dasarnya yang kering kontang.

Maka Bani Israil pun berkata kepada Nabi Musa a.s. : "Ya Musa, berdoalah kepada Allah supaya menurunkan hujan."

Maka Nabi Musa a.s. pun mengumpulkan semua Bani Israil seraya berdoa bersama : "Ya Allah turunkanlah hujan...Ya Allah turunkanlah hujan..."

Hujan masih jua belum turun. Nabi Musa a.s.selanjutnya berbicara dengan Allah SWT : "Ya Tuhanku, mengapakah hujan masih belum turun?"

Maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa a.s.: "Aku tidak akan turunkan hujan kerana ada seorang lelaki di antara kamu yg telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun. Kerana maksiatnya itu, Aku menahan hujan dari turun."

Maka Nabi Musa a.s.berkata : "Jika demikian, apa harus aku lakukan?"

Maka firman Allah : "Keluarkannya dari tempat ini."

Maka Nabi Musa pun berkata kepada kaumnya :"Wahai Bani Israil, di antara kita ini ada seorang yang telah bermaksiat kepada Allah selama 40 tahun. Dan kerana maksiatnya itulah Allah telah menahan hujan dari turun. Dan Dia tidak akan menurunkan hujan sehinggalah si pemaksiat itu keluar meninggalkan kita. Maka, keluarlah dari sini siapa pun kamu wahai pemaksiat!"

Orang yang melakukan maksiat itu pun sedar dialah yg dimaksudkan itu. Dia pun melihat sekelilingnya, mengharapkan ada seorang lain darinya akan keluar. Tetapi tiada seorang pun keluar.

Maka si pemaksiat ini pun mula bermunajat kepada Allah : "Ya Tuhanku, aku telah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun... Kau menutup maksiatku itu dari pengetahuan ramai... Dan jika aku keluar pada hari ini, maka akan terbongkarlah aibku... Aku berjanji kepada-Mu aku tidak akan kembali lagi melakukan maksiat ini... Ampunilah aku ya Allah... Tutupilah aibku ya Allah..."

Maka dengan kehendak-Nya, hujan pun mula turun.

Nabi Musa pun menjadi hairan, "Ya Rabb, Kau telah turunkan hujan, tetapi tiada seorang pun yang keluar meninggalkan kami."

Maka kata Allah SWT, " Wahai Musa, Aku turunkan hujan kerana kegembiraan Ku dengan taubat hamba-Ku yang telah bermaksiat selama 40 tahun itu."

Maka kata Nabi Musa : "Tunjukkanlah aku siapa orang itu, supaya dapat aku sampaikan berita gembira ini."

Kata Allah SWT : "Wahai Musa, dia telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun dan aku menutup maksiatnya itu. Maka adakah pada hari dia kembali kepada-Ku aku mendedahkan siapa dia?"

Sahabat yang dikasihi,
Jika Allah SWT telah menutup aib seorang hamba-Nya yang telah melakukan maksiat selama 40 tahun dan mengampunkan dosa-dosanya ketika mana dia bertaubat kenapakah kita tidak boleh menutup aib saudara-saudara kita ? Walaupun maksiat yang pernah dilakukan semasa mudanya. Kenapakan kita suka sangat mendedahkan aib orang lain walaupun kita mengetahui mendedahkan aib adalah satu dosa besar yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Mungkin orang yang memiliki aib itu telah bertaubat kepada Allah SWT tetapi kita masih seronok mengaibkannya.

Allah SWT tidak suka kita membuka aib orang lain dan juga membuka aib kita sendiri . Ada dikalangan kita suka menceritakan kejahatan-kejahatan yang pernah dilakukan dahulu iaitu dimasa yang lampau dan merasa megah pula dengan perbuatan maksiat tersebut.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang menutupi aib orang lain di dunia, Allah akan menutupi (aib) nya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sekiranya kita sendiri melakukan kesalahan atau maksiat, sesuatu yang aib kerana kelalaian, maka sembunyikanlah dan jangan membicarakannya pada orang lain. Membicarakannya kepada orang lain juga merupakan suatu perkara yang dosa. Apatah lagi jika ia membuat diri ini menjadi popular kerana kesalahan itu. Yang demikian itu akan menjadi penghalang pintu menuju Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Semua umatku (yang bersalah) pasti dimaafkan, kecuali orang-orang yang membeberkan (menceritakan kesalahannya kepada masyarakat tanpa perasaan bersalah). Orang yang membeberkan kesalahannya adalah orang yang melakukan satu perbuatan (dosa) di malam hari, kemudian masuk pagi hari dan Allah menutupi kesalahannya. Namun kemudian dia bercerita kepada orang lain, ‘Wahai Fulan, aku telah melakukan ini dan itu tadi malam.’ Allah menutupi perbuatannya itu dan dia membuka tutup itu di pagi hari.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berhati-hatilah bila kalian berbicara jangan sampai bicara kalian boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT dan boleh mencampakkan diri kalian ke neraka. Displinkanlah diri kalian dan lidah kalian supaya tidak mudah membicarakan sesuatu yang boleh membuka aib orang lain hatta aib diri sendiri . Jika tidak perlu berkata-kata maka lebih baik diam (berzikir di hati) dan bersikap tawaduklah kerana sifat tawaduk adalah ciri-ciri orang bertakwa.




Sunday, June 17, 2012

Hayatilah Israk dan Mikraj Dengan Membaiki Mutu Solat dan Prihatin Terhadap Penderitaan Umat Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap tahun apabila tiba bulan Rejab Umat Islam di seluruh negara akan mengadakan sambutan memperingati peristiwa Israk dan Mikraj. Kisah perjalanan Rasulullah SAW dari 
masjidil Haram ke masjid al-Aqsa di ceritakan satu persatu supaya umat Islam dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’  ayat 1 :

ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َ Ű§Ù„َّŰ°ِي ŰŁَŰłْ۱َى ŰšِŰčَŰšْŰŻِهِ لَيْÙ„Ű§ً مِّنَ Ű§Ù„ْمَŰłْŰŹِŰŻِ Ű§Ù„ْŰ­َ۱َŰ§Ù…ِ Ű„ِلَى Ű§Ù„ْمَŰłْŰŹِŰŻِ Ű§Ù„ŰŁَقْŰ”َى Ű§Ù„َّŰ°ِي Űšَۧ۱َكْنَۧ Ű­َوْلَهُ لِنُ۱ِيَهُ مِنْ ŰąÙŠَۧŰȘِنَۧ Ű„ِنَّهُ هُوَ Ű§Ù„ŰłَّمِيŰčُ Ű§Ù„ŰšَŰ”ِÙŠŰ±ُ

Maksudnya : "Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
 
Memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh Nabi Muhammad SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Umat yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan rasulNya sentiasa menerima apa sahaja yang berlaku sekalipun di luar jangkauan pemikiran manusia tanpa banyak soal dan pertikaian tetapi bagi manusia yang lebih banyak menggunakan akal yang lemah dan terbatas kemampuannya sentiasa mencari alasan untuk menolak kebenaran ini. 

Kita sebagai umat yang beriman kepada Rasulullah SAW sebagai nabi lagi rasul pilihan Allah SWT yang memiliki mukjizat semestinya dapat menerima sepenuh hati tanpa perasaan syak terhadap peristiwa hebat yang berlaku pada malam Israk dan Mikraj sedangkan manusia yang sentiasa melihat Nabi Muhammad SAW  tidak lebih sebagai manusia biasa dengan memisahkannya daripada mukjizat anugerah Allah sentiasa menolak sebarang yang berlaku ke atas tubuh nabi di luar jangkauan akal mereka. 

Keimanan terhadap peristiwa Israk dan Mikraj banyak mengajar kita tentang erti keimanan sebenar kepada Allah SWT dan rasulNya yang bukan terhasil daripada akal yang mengikut hawa nafsu sebaliknya melalui ilmu yang disuluh dengan cahaya wahyu Allah. 

Budaya menerima dan menolak sesuatu perkara samada benar atau salah berdasarkan logik akal semata-mata semakin subur dalam masyarakat umat Islam sendiri sehingga pertikaian terhadap undang-undang al-Quran, hadis nabi SAW dan ajaran agama berlaku silih berganti. Akhirnya timbul umat Islam yang mempertikaikan hukum hudud, qisas, diat, takzir dan memperlekehkan kewajipan menutup aurat, larangan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pengharaman riba dan sebagainya. 

Perkara ini wajib diubati supaya ia tidak semakin membarah dalam merosakkan akidah dan pengamalan syariat oleh umat Islam. Sesuai dengan tawaran antara susu dan arak kepada nabi pada malam Israk dan Mikraj di mana bila nabi memilih susu lalu dikatakan oleh malaikat Jibril kepada baginda : “ Engkau telah dianugerahi fitrah. Jika engkau memilih arak nescaya engkau menyesatkan umatmu sendiri”. 

Pemilihan Islam yang suci berbanding kehidupan yang dimabukkan dengan hawa nafsu mengajar kita supaya sentiasa melawan sebarang pemikiran dan cara hidup yang bercanggah daripada Islam untuk berjaya di dunia dan akhirat

Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah dalam ayat 45 surah al-‘Ankabut:

ۧŰȘْلُ مَۧ ŰŁُÙˆŰ­ِيَ Ű„ِلَيْكَ مِنَ Ű§Ù„ْكِŰȘَِۧۚ وَŰŁَقِمِ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩َ ۖ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩َ ŰȘَنْهَىٰ Űčَنِ Ű§Ù„ْفَŰ­ْŰŽَۧۥِ وَŰ§Ù„ْمُنْكَ۱ِ ۗ وَلَŰ°ِكْ۱ُ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَكْŰšَ۱ُ ۗ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ يَŰčْلَمُ مَۧ ŰȘَŰ”ْنَŰčُونَ

Maksudnya : "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

Bulan Rejab dikenali sebagai bulan solat memandangkan kewajipan solat diterima oleh Nabi SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj secara langsung daripada Allah SWT tanpa perantaraan malaikat Jibril. Di kurangkan daripada 50 rekaat kepada 5 rekaat sahaja sehari semalam. Melihat kepada kewajipan solat yang begitu istimewa maka kita yakin bahawa solat mempunyai banyak nilai dalam memberi kebaikan kepada umat Islam. 

Terdapat lapan (8) fadilat dan kebaikan solat iaitu :

Pertama : Solat mendidik mukmin menyucikan dirinya dari sifat buruk. 

Solat dapat mengelakan seorang mukmin daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Kedua : Solat mendidik kesatuan dan perpaduan ummah. 

Ini kerana setiap muslim menunaikan solat akan menghadap ke arah satu kiblat yang sama, iaitu Baitullah al-Haram. Kesatuan dan perpaduan ini akan mewujudkan perasaan saling memahami dan saling melengkapi antara sesama muslim. 

Ketiga : Solat mendidik muslim supaya memiliki disiplin waktu. 

Setiap muslim yang menunaikan solat akan selalu memerhati dan menunggu masuknya waktu solat, sekali gus akan berusaha menunaikannya tepat pada waktunya, di samping menundukkan nafsunya untuk tidak tenggelam dalam kesibukan duniawi. 

Keempat : Solat mendidik setiap muslim kepentingan tertib atau susunan organisasi. 

Solat berjemaah yang didirikan menuntut susunan jemaah yang berbaris lurus di belakang imam dengan memastikan tiadanya celah kosong antara setiap jemaah di kanan kirinya di samping menyedarkan umat Islam perlunya tertib organisasi di dalam segala lapangan hidup ummah. 

Kelima : Solat mendidik muslim terhadap ketaatan kepada pemimpin. 

Mengikuti imam dalam setiap gerakan rukun solat, dengan tidak mendahuluinya walau sesaat pun, menunjukkan adanya ketaatan dan komitmen yang tulus dari makmum, serta menjauhkan diri daripada keingkaran terhadap perintahnya, selama mana perintah itu tidak menjurus ke arah maksiat. 

Keenam : Solat mendidik muslim memiliki sifat keberanian menegur dan memperingatkan pemimpin. 

Jika imam terlupa dalam sesuatu rukun solat, maka makmum berkewajipan untuk memperingatkan dan menegur imamnya dengan membaca Subhanallah. Hal ini menunjukkan kewajipan rakyat untuk memperingatkan pemimpinnya jika melakukan kesalahan atau kesilapan dalam kepimpinannya atau tidak menunaikan hak kepada rakyatnya. 

Ketujuh : Solat menyedarkan umat Islam persamaan hak antara sesama muslim. 

Dalam solat berjemaah, pengisian saf atau barisan solat tidak didasarkan pada status sosial, pangkat kedudukan atau darjat seseorang, walau pun pada saf yang paling hadapan. Gambaran ini menunjukkan adanya persamaan hak tanpa mengambil kira kedudukan mahu pun tua umurnya, bukan saja di dalam solat jemaah, bahkan dalam arena kehidupan ummah. 

Kelapan : Solat mendidik umatnya mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

Mendirikan solat secara istiqamah memberikan kesan kesihatan yang menyeluruh. Oleh itu tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila adanya kajian sains yang menunjukkan bagaimana solat yang sempurna mampu menajamkan otak, memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh, gerakan jantung lebih teratur, orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang, ubat mati pucuk kalangan lelaki dan masalah kelamin kaum wanita serta seribu macam lagi kebaikan.

Oleh itu pastikan diri, keluarga dan masyarakat kita sentiasa menjaga solat untuk kebaikan dan kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat.

Sahabat yang dihormati,
Firman Allah SWT:

وَقُلْ ŰŹَۧۥَ Ű§Ù„ْŰ­َقُّ وَŰČَهَقَ Ű§Ù„ْŰšَۧ۷ِلُ ۚ Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْŰšَۧ۷ِلَ كَŰ§Ù†َ ŰČَهُوقًۧ

Maksudnya : "Dan katakanlah: 'Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap'.” (Surah al-Isra' ayat 81)

Melihat kepada kelebihan solat maka begitulah juga ibadat-ibadat khusus yang lain mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita sebagai umat Islam wajib mencari kekuatan daripada ibadat khusus yang telah disyariatkan oleh Allah dan jangan mencari alasan untuk mengabaikannya. 

Firman Allah SWT :

فَلْيُقَۧŰȘِلْ فِي ŰłَŰšِيلِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يَŰŽْ۱ُونَ Ű§Ù„ْŰ­َيَۧ۩َ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ ŰšِŰ§Ù„ŰąŰźِ۱َŰ©ِ وَمَن يُقَۧŰȘِلْ فِي ŰłَŰšِيلِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ فَيُقْŰȘَلْ ŰŁَو يَŰșْلِŰšْ فَŰłَوْفَ نُŰ€ْŰȘِيهِ ŰŁَŰŹْ۱ًۧ ŰčَŰžِيمًۧ

Maksudnya : "Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar." (Surah an-Nisa' ayat 74)

Ketika membicarakan tentang peristiwa Israk dan Mikraj juga maka tidak ketinggalan untuk kita mendoakan kemerdekaan bumi Israk iaitu bumi Palestin daripada cengkaman Yahudi laknatullah. Kita juga perlu mendoakan saudara-saudara kita di Syria yang sedang berjihad dijalan Allah SWT untuk membebaskan Syria daripada cengkaman pimpinan Bashar Assad laknatullah berfahaman Syiah yang sanggup membunuh umat Islam dari kalangan Ahli Sunah Wal Jemaah. 

Umat Islam perlu mengutuk pembunuhan kejam peristiwa terbaru berlaku di Myanmar di fahamkan sehingga kini lebih 1500 muslim Rohingya dibunuh dengan kejam oleh tentera Myanmar dan fanatik buddha dan lebih 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu. 

Semoga semangat yang difahami daripada Israk dan Mikraj ini dapat kita laksanakan di bumi nyata dalam mengembalikan kehebatan dan keagungan Islam. Hayatilah Islam nescaya kita akan selamat dunia dan akhirat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita beramal dengan ajaran Islam sepenuhnya dan jauhilah segala bentuk mungkar dan dosa sebagaimana seksaan yang dilihat oleh Nabi SAW keatas umatnya semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Jika setiap tahun kita mendengar kisah Israk dan Mikraj sedangkan kita tidak berazam untuk menjadi mukmin terbaik maka kisah-kisah tersebut umpama kisah-kisah biasa yang tidak ada kesan kepada hati dan jiwa kita. Jadikanlah diri kalian semua sebagai mukmin yang beriman dan bertakwa.