Saturday, March 13, 2010

Wasiat Kesembilan Nabi s.a.w. (Mohon Keampunan dan Kesihatan daripada Allah)

Dari Abu Fadil Abbas bin Abdul Mutalib r.a. beliau berkata : Saya berkata : "Wahai Rasulullah, ajarkan kepada saya tentang apa yang mesti aku minta daripada Allah. Baginda bersabda yang bermaksud : "Mintalah kesihatan daripada Allah." Maka saya tinggal di suatu tempat untuk beberapa hari kemudian saya datang lagi dan bertanya : "Wahai Rasulullah, ajarkan saya tentang apa yang mesti aku minta daripada Allah s.w.t. Rasulullah bersabda kepadaku : "Wahai Abbas, mintalah kesihatan dunia dan akhirat kepada Allah."
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Dari Ibnu Umar r.a. beliau berkata : Jarang sekali Rasulullah berdiam diri dalam suatu majlis sehingga baginda berdo'a untuk sahabat-sahabatnya dengan do'a-do'a ini :
"Ya Allah berikanlah kepada kami perasaan takut kepada Engkau yang dapat menghantar kami ke dalam Syurga-Mu. Berikanlah kepada kami keyakinan yang dapat meringankan musibah-musibah dunia yang menimpa kami. Ya Allah berikanlah kemanfaatan kepada pendengaran, penglihatan dan kekuatan kepada kami selama Engkau menghidupkan kami. Berilah pembalasan kepada orang-orang yang menganiaya kami. Tolonglah kami atas orang-orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan dunia ini sebagai cita-cita yang paling besar dan tujuan akhir dari ilmu kami. Janganlah Engkau jadikan orang-orang yang tidak sayang kepada kami sebagai penguasa kami"
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, dia berkata hadis ini hasan)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : Rasulullah s.a.w berdo'a :
"Ya Allah, baguskanlah agamaku yang akan menjaga urusanku. Baikkanlah duniaku yang menjadi sumber penghidupanku. Baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah tambahan kebaikan dalam kehidupanku. Dan jadikanlah mati sebagai erhatku dari setiap kesusuhan."
(Hadis Riwayat Muslim)

Friday, March 12, 2010

Bersahabat Dengan Orang-orang Soleh

Allah menyatakan dalam Al Qur'an bahwa salah satu sebab utama yang membantu menguatkan iman para shahabat Nabis.a.w adalah kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa berada di tengah-tengah mereka.

Allah s.w.t. berfirman,
وَكَيْفَ ŰȘَكْفُ۱ُونَ وَŰŁَنْŰȘُمْ ŰȘُŰȘْلَى Űčَلَيْكُمْ ŰąَيَۧŰȘُ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَفِيكُمْ ۱َŰłُولُهُ وَمَنْ يَŰčْŰȘَŰ”ِمْ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ فَقَŰŻْ هُŰŻِيَ Ű„ِلَى Ű”ِ۱َۧ۷ٍ مُŰłْŰȘَقِيمٍ
"Bagaimana mungkin (tidak mungkin) kalian menjadi kafir, sedangkan ayat-ayat Allah dibacakan kepada kalian, dan Rasul-Nyapun berada ditengah-tengah kalian? Dan barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Surah Ali 'Imran ayat101).

Allah juga memerintahkan agar selalu bersama dengan orang-orang yang baik. Allah s.w.t.berfirman,
يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąَمَنُÙˆŰ§ ۧŰȘَّقُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَكُونُÙˆŰ§ مَŰčَ Ű§Ù„Ű”َّۧۯِقِينَ

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar(jujur)."
(Surah At- Taubah ayat 119).

Nabi s.a.w juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita.
مَŰ«َلُ Ű§Ù„ْŰŹَلِÙŠŰłِ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­ِ وَŰ§Ù„ْŰŹَلِÙŠŰłِ Ű§Ù„ŰłَّوْŰĄِ كَمَŰ«َلِ Ű”َِۭۧŰšِ Ű§Ù„ْمِŰłْكِ ، وَكِÙŠŰ±ِ Ű§Ù„ْŰ­َŰŻَّۧۯِ ، Ù„Ű§َ يَŰčْŰŻَمُكَ مِنْ Ű”َِۭۧŰšِ Ű§Ù„ْمِŰłْكِ Ű„ِمَّۧ ŰȘَŰŽْŰȘَ۱ِيهِ ، ŰŁَوْ ŰȘَŰŹِŰŻُ ۱ِÙŠŰ­َهُ ، وَكِÙŠŰ±ُ Ű§Ù„ْŰ­َŰŻَّۧۯِ يُŰ­ْ۱ِقُ ŰšَŰŻَنَكَ ŰŁَوْ Ű«َوْŰšَكَ ŰŁَوْ ŰȘَŰŹِŰŻُ مِنْهُ ۱ِÙŠŰ­ًۧ ŰźَŰšِÙŠŰ«َŰ©ً

Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.
(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)

Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan, “Hadis ini menunjukkan larangan berteman dengan orang-orang yang dapat merusak agama maupun dunia kita. Dan hadis ini juga menunjukkan dorongan agar bergaul dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia."
(Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani, 4/324, Darul Ma’rifah, Beirut, 1379)

Para ulama pun memiliki nasehat agar kita selalu dekat dengan orang solih.
Al Fudhail bin ‘Iyadh berkata,
نَŰžْ۱ُ Ű§Ù„Ù…ُŰ€ْمِنِ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ù…ُŰ€ْمِنِ يَŰŹْلُو Ű§Ù„Ù‚َلْŰšَ

Pandangan seorang mukmin kepada mukmin yang lain akan mengilapkan hati.
(Siyar A’lam An Nubala’, 8/435, Mawqi’ Ya’sub).
Maksud beliau adalah dengan hanya memandang orang solih, hati seseorang boleh kembali segar. Oleh kerananya, jika orang-orang solih dahulu kurang semangat dan tidak segar dalam ibadah, mereka pun mendatangi orang-orang solih lainnya.

‘Abdullah bin Al Mubarok mengatakan, “Jika kami memandang Fudhail bin ‘Iyadh, kami akan semakin sedih dan merasa diri penuh kekurangan.”

Ja’far bin Sulaiman mengatakan, “Jika hati ini ternoda, maka kami segera pergi menuju Muhammad bin Waasi’."
(Ta’thirul Anfas min Haditsil Ikhlas, Sayyid bin Husain Al ‘Afani, hal. 466, Darul ‘Affani, cetakan pertama, tahun 1421 H)

Ibnul Qayyim mengisahkan, “Kami (murid-murid Ibnu Taimiyyah), jika kami ditimpa perasaan gundah gulana atau muncul dalam diri kami prasangka-prasangka buruk atau ketika kami merasakan sempit dalam menjalani hidup, kami segera mendatangi Ibnu Taimiyah untuk meminta nasehat. Maka dengan hanya memandang wajah beliau dan mendengarkan nasehat beliau serta merta hilang semua kegundahan yang kami rasakan dan berganti dengan perasaan lapang, segar, yakin dan tenang".
(Lihat Shahih Al Wabilush Shoyyib, antara hal. 91-96, Dar Ibnul Jauziy)

Itulah pentingnya bergaul dengan orang-orang yang solih. Oleh kerana itu, sangat penting sekali mencari persekitaran yang baik dan mencari sahabat atau teman dekat yang semangat dalam menjalankan agama sehingga kita pun boleh mendapat aroma kebaikannya. Jika persekitaran atau teman kita adalah baik, maka ketika kita lemah, ada yang selalu menasehati dan mengingati kita kepada kebaikan.

Setiap masa kita dituntut untuk mencari sahabat yang baik, apalagi dengan mencari pasangan hidup yaitu suami atau istri. Pasangan suami istri tentu saja akan menjalani hubungan bukan hanya sesaat. Bahkan suami atau istri akan menjadi teman ketika tidur. Sudah sepatutnya, kita berusaha mencari pasangan yang solih atau solihah. Dengan ini akan membuat kita semakin teguh dalam menjalani agama.

Sumber daripada : Muhammad Abduh Tuasikal

Thursday, March 11, 2010

Wasiat Kelapan Nabi s.a.w. (Kelebihan Solat Tasbih)

Ikrimah daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abbas bin Abdul Mutalib yang bermaksud :

"Wahai Abbas pamanku. Apakah engkau suka aku memberi hadiah istimewa yakni  kuajarkan sepuluh macam perbuatan yang dapat menghapus dosa? Apabila paman mengerjakannya Allah akan mengampuni dosa-dosamu, yang awal atau yang akhir, yang lama atau yang baru, yang disengaja maupun tidak sengaja, yang kecil atau yang besar, yang tersembunyi atau pun yang nampak.
Sepuluh perkara tersebut iaitu bahawa engkau solat empat rekaat, setiap rekaat engkau baca al-Fatihah dan sebuah surah. Apabila engkau telah membaca dalam rekaat pertama,tetaplah engkau dalam keadaan berdiri dan bacalah subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Agung) sebanyak lima belas kali, kemudian ruku' dan bacalah kalimah tersebut sepuluh kali semasa dalam keadaan ruku', kemudian engkau bangun dari ruku' dan bacalah kalimat itu sepuluh kali kemudian turun untuk sujud dan bacalah sepuluh kali semasa engkau dalam keadaan sujud. Apabila bangun dari sujud bacalah sepuluh kali kemudian engkau sujud dan bacalah sepuluh kali selepas itu engkau bangun dan bacalah sepuluh kali. Maka kesemuanya berjumlah tujuh puluh lima dalam setiap rakaat. Kerjakanlah kesemuanya dalam keempat rakaat.
Apabila engkau mampu mengerjakan solat tasbih setiap hari satu kali maka kerjakanlah. Apabila tidak mampu kerjakanlah seminggu sekali. Apabila  tidak mampu, lakukanlah sebulan sekali. Apabila engkau tidak mampu juga, kerjakanlah setahun sekali. Jika engkau tidak mengerjakannya, lakukanlah sekali sahaja semasa hidupmu."

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Sunday, March 7, 2010

Nasihat Luqmanul Hakim


1 – Wahai anakku, elakkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

2 – Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibubapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman.

3 – Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

4 – Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

5 – Wahai anakku, jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana kamu diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunia.

6 – Wahai anakku, janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah kamu bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan harta mu pada jalan maksiat.

7 – Wahai anakku, sesiapa yang bersifat penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada mengeluarkan perkataan yang sia-sia, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu dia akan menyesal kelak.

8 – Wahai anakku, bergaullah dengan orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hati mu dan dengarkanlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami hujan.

9 – Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan sebuah kapal yang belayar di lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, maka belayarlah dengan kapal yang bernama ‘taqwa’, isinya ialah ‘iman‘ dan layarnya adalah ‘tawakkal kepada Allah’.

10 – Wahai anakku, jika kamu mempunyai dua undangan majlis, iaitu majlis takziah kematian atau majlis perkahwinan, maka utamakanlah majlis kematian, kerana ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada keseronokan duniawi sahaja.

11 – Wahai anakku, janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis janganlah terus meludah sahaja apa yang kamu rasa pahit, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kelemahan.

12 – Wahai anakku, janganlah kamu makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Wahai anakku, janganlah kamu menjadi lebih lemah dari seekor ayam jantan, kerana ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan kamu pada waktu itu masih terbaring di atas katilmu.

14 – Wahai anakku, jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

15 – Wahai anakku, orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemuliaan dari Allah.

16 – Wahai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

17 – Wahai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

18 – Wahai anakku, kamu telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana kamu mempunyai jiran yang jahat.

19 – Wahai anakku, jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

20 – Wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana kamu selalu mencari ilmu tetapi kamu tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

21 – Wahai anakku, jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

22 – Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

23 – Wahai anakku, apabila kamu menghampiri kediaman sesuatu kaum, ucaplah salam. Kemudian duduklah ditempat yang telah disediakan oleh mereka. Jangan mulakan perbualan sehingga mereka mulakannya. Sekiranya mereka suka berzikir maka sertailah mereka, jika sebaliknya maka jauhilah mereka dan sertailah kelompok lain.

24 – Wahai anakku, bertakwalah kepada Allah, orang lain tidak akan tahu engkau takut kepada Allah s.w.t hanya untuk dihormati, sedangkan hatimu menyimpang daripada kebenaran.

25 – Wahai anakku, janganlah engkau terlalu menyayangi orang jahil kerana dia akan menganggap kamu bersetuju dengan perbuatannya. Janganlah engkau menghina sesuatu yang dibenci oleh orang bijaksana kerana dia akan terus meninggalkanmu.

26 – Wahai anakku, ketahuilah bahawa kekuasaan berada pada mulut orang-orang yang bijaksana. Mereka tidak berkata-kata melainkan dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t

27 – Wahai anakku, janganlah engkau menyesal kerana berdiam sahaja. Sesungguhnya percakapan itu berharga perak, sedangkan berdiam diri berharga emas.

28 – Wahai anakku, hindarilah dirimu daripada kejahatan, nescaya ia akan menjauhimu. Sesungguhnya kejahatan itu untuk sejahat-jahat makhluk.

29 – Wahai anakku, pilihlah majlis-majlis yang mengingati Allah, sertailah mereka, sekiranya engkau seorang yang berilmu engkau dapat memanfaatkan ilmumu. Sekiranya engkau seorang yang bodoh mereka akan mengajarmu. Allah akan merahmatimu dan juga mereka. Wahai anakku janganlah engkau menyertai majlis-majlis yang tidak mengingati Allah, sekiranya engkau seorang yang berilmu, engkau tidak dapat memanfaatkannya. Sekiranya engkau seorang yang bodoh, engkau akan bertambah bodoh. Allah akan murka kepadamu dan kepada mereka.

30 – Wahai anakku, janganlah engkau makan makanan yang tidak bersih. Bermesyuaratlah dalam urusanmu yang berbentuk ilmu.

31 – Wahai anakku, janganlah beriri hati dan tanding menandingi kerana ia meluaskan medan pertumpahan darah orang yang beriman. Pertumpahan darah dianggap oleh Allah sebagai pembunuhan, bukan kematian.

32 – Wahai anakku, sesungguhnya kebijaksaaan itu meletakkan orang miskin pada taraf raja-raja.

33 – Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.